Saturday, 27 August 2011
Berikanlah aku kesabaran
Ya Allah..berikanlah aku kesabaran dan kekeuatan dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang Kau berikan kepada ku..jauhkan lah aku daripada perasaan keluh dan kesah ini ya Allah..jaukan lah aku daripada perasaan rindu yang terlarang yang menyakitkan dan melalaikan ini ya Allah.....hanya pada Mu sahaja tempat aku mengadu sesungguhnya aku tak yahu nk meminta2 daripada orang lain...bantu lah aku ya Allah...akhirkanlah penderitaan aku ini ya Allah...
Sunday, 21 August 2011
Terakhir Kali
Disaat awak tinggalkn saya..saya x tw nk buat apa..saya rase mcm hidup saya kosong..saye x boleh nk buat ape ape pon..x boleh tido x boleh makan..saya kecewa sgt..saya rase saya nk duduk dalam bilik sorang2 menangis tiap tiap hari..tapi saya taw saya x boleh..sbb saya ade tanggungjawab untuk diri saya sendiri..jadi saya pun terpaksa melawan semua nie..susah awak..susah sgt sgt...di saat saya terlalu sayangkan awak semua nie terjadi...awak kate awak sayang saye..tapi kenapa awak pegi?? banyak sangat yang awak tipu saya...awak tinggalkn saya tanpa belas kasihan..tanpa berita..dan akirnya kebenaran terungkap..awak dah jumpe dengan orang lain..dan pada ketika tu x ade kate kate yang boleh menyatakan betapa hancur lebur nya hati saya..tp kenapa awak takut? kenapa awak takut zahirkan kebenaran..saya cume berharap yang saye dapat dengar suara awak lagi..walaupun suara tu muncul bukan untuk saya..saya cume berharap awak bahagia..saya harap awak jumpe apa yang awak cari selama nie..semoga awak bahagia dalam ape jua yang awak buat..thanks for everything..i wiil never forget you..bye forever..
-Fadhila Fauzi-
Wednesday, 17 August 2011
KEMPUNAN
Memang dari tahun lepas lagi aku teringin nk makan DOUBLE GCB !! Tapi kempunan sebab mase die terhad la pulok..sekarang !! die sudah kembali soo aku cube la nak mendapatkannya..tapi susah siket sbb skrg nie bulan pose..cube la try pujuk2 mak aku tapi hampeh..hurmmm..nak wat mcm mane memang x ade jodoh agaknye..Fatin Syafiqa bt Ahmad Zulkifli memang nak kene pukul dengan aku...pukul 12.00 malam message aku ckp tgah makan GCB..nak aje aku balas 'memang aku tgah ondaway nie..kau x nmpk ke aku tgah terbang2 nie..skrg aku parking kat bwh pokok pndang la..baju putih' nasib baik aku tade kedit..law x mesti ilang selera makan kau kan ?? pastu nanges sambil lari lari kat mak kau...hahahaha
haaa...nie gambar real punya !!buat air liur aku menjejeh
haaa...nie gambar real punya !!buat air liur aku menjejeh
Monday, 15 August 2011
Mencari Cinta Sejati
Ada kalanya kita merasa hidup ni sunyi tanpa teman..kadang-kadang kita rasa hidup kita tak bermakna lagi bila orang yang kita sayang meninggalkan kita..ya..aku pernah merasakan semua nie..tapi akhirnya aku sedar ada hikmah di sebalik semua ni..sesungguhnya Allah telah merancang perkara yang lebih baik untuk aku..Allah tak akan pernah menganiyayai hamba-Nya..kini aku sedar yang aku HANYA memerlukan cinta daripada Nya.. sesungguhnya Allah lebih rapat daripada urat nadi kita..aku tahu aku tak sepatutnya menyalahkan takdir..lagi pun aku yang pilih jalan nie..aku sendiri yang buat keputusan mcam nie..so aku kene tanggung sendiri la kan risikonya? hanya satu harapan aku..semoga hati aku ikhlas untuk menerima ketentuan nie..semoga aku menjadi wanita yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku AMIN
Sunday, 14 August 2011
SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang menyesakkan
Sekarang baru aku menyesal sebab terlalu berhoneymoon mase form 4 dulu..hahahaha..sekarang memang semput la kan nak catch up semua balik..nasib baik la awal-awal form 5 aku dah insaf and focus dalam class (eceh ! konon)..walaupun aku ngantok gile dalam class tapi terpaksa la aku bercengkang mata..tapi kalau dah tak tahan sangat tu tersembam jugak la muka aku atas meja tu..hahaha..lagi-lagi kene duduk depan memang tak la aku nak melayari mimpi aku depan cikgu ! Haih ! tak sabar sungguh aku nak menamatkan mission yang memang menguji kesabaran nie...pecaya x ! aku tak ade mood langsung nak raye tahun nie !
Begini lah keadaan daku di kala ini..berani la kacau ! hahahaha
Saturday, 13 August 2011
Tanda-tanda kiamat
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat Gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
z
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
Telah banyak tanda-tanda kiamat yang telah berlaku pada hari ini. Jadi sahabat yang dikasihi sekalian, marilah kita bersama sama kembali ke jalan Allah. Hanya Allah yang akan menyelamatkan kita daripada azab-Nya yang maha dasyat

Subscribe to:
Posts (Atom)